awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 161 juta, angka korban 3.34 juta

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2021
22:00 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 161 juta, angka korban 3.34 juta
Seorang lelaki Muslim yang memakai topeng pelitup hidung dan mulut dipakaikan celak sebelum memasuki masjid di Hyderabad, India, 7 Mei, 2021. (Foto AP)
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 161 juta berikutan lebih 500,000 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.88 juta kes.
Ia diikuti India dengan 24 juta kes dan Brazil, lebih 15.44 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.
Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes sambil Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Pada masa sama, angka kematian akibat COVID-19 di peringkat global kini melepasi 3.34 juta kes.
Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 585,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 430,000 kes, India (262,000) dan Mexico (219,000).
Sementara itu, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia dan Turki.
Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada mencatatkan lebih 20,000 angka korban sementara kebanyakan negara lain merekodkan angka di bawah 20,000.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#kes positif
#jumlah kematian
#angka korban
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan