JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 165.7 juta kes.
Ia berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.07 juta kes.
Ini diikuti India dengan 26 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.8 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.
Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.
Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.43 juta kes.
Ia selepas lebih puluhan ribu kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 589,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 444,000 kes, India lebih 291,000 kes, Mexico lebih 221,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Ukraine, Indonesia, dan Turki.
Selain itu, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Astro Awani
Fri May 21 2021

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 165.7 juta kes. -Gambar fail

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan
Netanyahu tunggang agama, halalkan serangan baharu ke atas Gaza - Penganalisis
Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata pemilihan nama Gideon’s Chariot untuk operasi ketenteraan baharu di Gaza oleh rejim Israel ialah tindakan menunggang agama untuk memujuk penyertaan rakyatnya dalam pasukan tentera negara haram itu. #AgendaAWANI

Pengusaha taska, tadika disaran laksana saringan elak penularan HFMD
KKM menyarankan pengusaha taska dan tadika untuk melaksanakan saringan kepada kanak-kanak yang memasuki premis bagi membendung penularan kes HFMD.
Pemilihan PKR: 49 peratus bersikap neutral terhadap persaingan Izzah-Rafizi - Penganalisis
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata tinjauan menunjukkan 49 peratus masyarakat bersikap neutral terhadap persaingan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli. Jelasnya, orang ramai menganggap sebarang pertelingkahan yang berbangkit ketika ini hanyalah bersifat dalaman yang tidak menjejaskan institusi awam. #AgendaAWANI
Pemilihan PKR: Nurul Izzah mendahului Rafizi dalam tinjauan - Penganalisis
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata tinjauan pada minggu kedua kempen Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan Nurul Izzah Anwar mendahului pencabarnya Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. #AgendaAWANI
Tidak guna Trump-Netanyahu bergaduh tetapi tidak membuahkan gencatan senjata - Penganalisis
Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan MyCARE, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin berkata ketegangan hubungan Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak ada sebarang manfaat memandangkan gencatan senjata yang diperlukan masih tidak dalam direalisasikan. #AgendaAWANI

Kes COVID-19 di Thailand berganda, Bangkok catat lebih 6,000 jangkitan
Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.

Vietnam gesa orang ramai terus berwaspada terhadap COVID-19
Kementerian Kesihatan Vietnam menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap COVID-19 susulan sedikit peningkatan kes dalam tempoh tiga minggu lepas.