JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 180.948 juta.
Ini berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.63 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 30.27 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.40 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.40 juta.
Malaysia mencatat kes lebih 739,000 manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 249,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 4 juta.
Korban akibat virus itu kini merekodkan 3.92 juta kes susulan ribuan lagi kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 604,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 513,000 kes; India lebih 396,000 kes; Mexico lebih 232,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 57,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 24,000 diikuti Malaysia.
Thailand dengan hampir 2,000 angka korban.