JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencatat angka 184.39 juta kes.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.73 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.61 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.79 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan lebih 2.34 juta kes.

Ini diikuti dengan FIlipina dengan lebih 1.44 juta kes.

Malaysia pula mencatat lebih 792,000 kes.

Manakala Thailand dan SIngapura masing-masing merekodkan lebih 294,000 dan lebih 62,000 kes.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.98 juta kes.

Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 605,790 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 525,000 kes, India lebih 403,000 kes dan Mexico lebih 233,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 61,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 25,000 kes diikuti Malaysia lebih 5,000 kes.

Thailand pula dengan lebih 2,000 angka korban dan Singapura mencatat 36 kematian setakat ini.