awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 220.5 juta, angka korban 4.56 juta

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2021
22:39 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 220.5 juta, angka korban 4.56 juta
Petugas kesihatan sedang lakukan pemeriksaan ke atas pesakit COVID-19 di sebuah hospital di Mexico. - Foto AP/Marco Ugarte
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 220.5 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 39.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 32.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.8 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah United Kingdom, Perancis, Rusia dan Turki.
Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.0 juta, Malaysia mencatatkan 1.8 juta kes dan Thailand dengan 1.2 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 68,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.56 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 648,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 582,000 kes, India lebih 440,000 kes, Mexico lebih 262,000 kes.
Sementara United Kingdom kini catat lebih 133,000 kematian.
Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 84,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 135,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 18,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 12,000 angka korban.
kes positif seluruh dunia melepasi 220.5 juta
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan