JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 48.46 juta.

Ini berikutan lebih 580,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 48,461,273.

Setakat Jumaat (6 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 9.54 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 8.36 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.59 juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Rusia (1,699,695), Perancis (1,648,521), Sepanyol (1,306,316), Argentina (1,205,928), Colombia (1,108,086) dan United Kingdom (1,102,328) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Mexico (943,630), Peru (911,787), Itali (824,879), Afrika Selatan (730,548), Iran (654,936), Jerman (618,446) dan Chile (516,582) melepasi angka setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Iraq (489,571), Belgium (468,213), Poland (466,679), Ukraine (443,630), Indonesia (425,796), Bangladesh (416,006, Belanda (397,094), Filipina (389,725), Turki (386,820), Republik Czech (378,716), Arab Saudi (349,386), Pakistan (338,875) dan Israel (317,668).

Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Antaranya, negara yang tergolong dalam lingkungan tersebut ialah Romania (276,802), Canada (251,360), Magribi (240,951), Switzerland (202,504), Nepal (185,974), Ecuador (171,433), Portugal (161,350), Bolivia (142,062) dan Sweden (141,764).

Emiriah Arab Bersatu (138,599), Panama (136,024), Qatar (133,619), Austria (132,515), Kuwait (129,638), Republik Dominican (128,824), Oman (117,167), Kazakhstan (114,235), Costa Rica (113,261), Guatemala (109,849), Mesir (108,329), Jepun (104,964) dan Belarus (103,295) juga berada dalam kelompok sama.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.