ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu setakat ini sebanyak 1,261,510 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 238,024 kes, diikuti Brazil dengan 162,397 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 126,611 dan 95,027 kes kematian.

Sementara itu, angka kematian di United Kingdom ketika ini adalah sebanyak 49,329 kes.

Negara lain dengan jumlah kematian melebihi 40,000 adalah Itali dan Perancis sementara Sepanyol, Iran, Peru, Argentina, Colombia dan Rusia pula merekodkan angka korban melebihi 30,000.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.