awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Korea Selatan catat kes harian tertinggi, pertimbang langkah pencegahan lebih ketat

Bernama
Bernama
08/07/2021
15:12 MYT
COVID-19: Korea Selatan catat kes harian tertinggi, pertimbang langkah pencegahan lebih ketat
Penularan wabak COVID-19 di Seoul kini hampir mencapai tahap kerajaan boleh mengenakan sekatan lebih ketat. - Gambar/ AP
SEOUL: Korea Selatan pada Khamis melaporkan kes harian COVID-19 tertinggi sejak pandemik melanda negara ini awal tahun lalu, mendorong pihak berkuasa mempertimbang langkah keselamatan lebih ketat.
Sebanyak 1,275 kes direkodkan termasuk 1,227 melibatkan jangkitan komuniti, menjadikan jumlah kes terkini mencecah 164,028, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).
Jumlah itu tertinggi pernah direkodkan sejak kes pertama dikesan 20 Januari tahun lalu.
Ia juga menandakan kali pertama jangkitan harian melebihi 1,200 kes untuk tempoh dua hari berturut-turut dan satu kematian dilaporkan, menjadikan jumlah korban terkini seramai 2,034.
Pihak berkuasa pada Rabu memutuskan sekatan pergerakan dilanjutkan selama seminggu di wilayah Seoul tetapi memberi amaran langkah lebih ketat akan diambil sekiranya keadaan tidak berubah, berikutan kebimbangan berlakunya gelombang keempat.
Presiden Moon Jae-in mengarahkan polis, tentera dan penjawat awam membantu menjalankan ujian saringan dan pengesanan COVID-19.
Pegawai kanan kementerian kesihatan, Sohn Young-rae berkata kepada pemberita bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk mengenakan sekatan lebih ketat di wilayah Seoul.
Penularan wabak COVID-19 di Seoul kini hampir mencapai tahap kerajaan boleh mengenakan sekatan lebih ketat, kata Sohn.
Jumlah kluster semakin bertambah berpunca daripada pelbagai kawasan, termasuk syarikat, sekolah dan pusat beli-belah, ketika kes jangkitan membabitkan varian Delta semakin meningkat.
Kira-kira 80 peratus kes baharu dilaporkan di Seoul dan daerah sekitar menyumbang kepada peningkatan kes semasa, dan mereka dalam kalangan berumur 20 hingga 30-an masih belum menerima suntikan vaksin, menurut KDCA.
Sebanyak 15.44 juta orang, atau 30.1 peratus rakyatnya telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 5.49 juta lagi sudah lengkap divaksin, merangkumi 10.8 peratus daripada jumlah penduduk.
Negara itu meluluskan penggunaan vaksin dua dos AstraZeneca, Pfizer dan Moderna, serta satu dos vaksin Janssen.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Seoul
#COVID-19
#kes tertinggi
#pencegahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan