awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Laporan awal UK dapati Omicron kurang berisiko

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2021
20:55 MYT
COVID-19: Laporan awal UK dapati Omicron kurang berisiko
Sajid turut merayu agar orang ramai mengambil vaksin bagi menurunkan kadar jangkitan COVID-19.
STRETHAM: United Kingdom melakukan pemantauan terhadap data COVID-19 selepas kajian awal mendapati varian Omicron kurang berisiko berbanding varian Delta.
Pakar kesihatan memaklumkan, hasil kajian itu adalah satu berita baik namun tetap memberi amaran bahawa gelombang besar masih boleh berlaku.
Pada Rabu, lebih daripada 100,000 kes baharu dilaporkan buat kali pertama di UK sejak bermulanya pandemik.
Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata tiada sekatan lanjut diperlukan untuk England pada masa ini, tetapi menggesa orang ramai supaya berhati-hati semasa Krismas.
"Laporan awal mendapati risiko masuk ke hospital lebih rendah berbanding Delta. Ini amat menggalakkan.
"Namun, masih tidak jelas lagi sejauh mana risiko itu berkurangan. Kita tahu bahawa Omicron merebak dengan lebih cepat dan lebih mudah dijangkiti.
"Apa-apa kelebihan yang berpunca daripada pengurangan risiko masuk ke hospital perlu dibandingkan dengan aspek itu. Kita tahu, cntohnya, jika peratusan orang yang berisiko dimasukkan ke hospital lebih rendah, jika peratusan itu daripada jumlah populasi yang besar, kemasukan ke hospital masih jumlah yang besar," katanya.
Sajid turut merayu agar orang ramai mengambil vaksin bagi menurunkan kadar jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#Delta
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan