awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Merck mohon kelulusan kecemasan pil antiviral Molnupiravir

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2021
21:58 MYT
COVID-19: Merck mohon kelulusan kecemasan pil antiviral Molnupiravir
Merck & Co mengemukakan permohonan kelulusan pil antiviral COVID-19 keluarannya Molnupiravir untuk penggunaan kecemasan. -Gambar fail/Reuters
NEW JERSEY: Merck & Co mengemukakan permohonan kelulusan pil antiviral COVID-19 keluarannya Molnupiravir untuk penggunaan kecemasan.
Ubat keluaran syarikat berkenaan bakal menjadi yang pertama digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 jika diluluskan.
Kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bakal mengubah pengurusan klinikal bagi COVID-19.
Ini kerana pil berkenaan boleh dijadikan sebagai rawatan di rumah.
Dalam ujian klinikal sebelum ini, pil Molnupiravir berjaya mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian sehingga 50 peratus.
Data berkenaan juga turut mendorong pemeteraian perjanjian perbekalan dengan beberapa negara termasuk Malaysia, Korea Selatan dan Singapura.
Syarikat berkenaan juga memberi lesen pengeluaran kepada beberapa syarikat farmaseutikal berpangkalan di india.
Selain Molnupiravir, kaedah rawatan COVID-19 menggunakan pil termasuk ubat antiviral Remdesivir dan Dexamethasone yang diberikan hanya selepas pesakit dimasukkan ke hospital.
Topic Berkaitan
#Merck & Co
#penggunaan kecemasan
#molnupiravir
#pil antiviral COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan