awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Negara Arab terus catat kematian

Bernama
Bernama
08/07/2020
05:49 MYT
COVID-19: Negara Arab terus catat kematian
Sebanyak 1,057 kes baharu dilaporkan di Mesir, melonjak kepada 77,279. - REUTERS/Fail
Tujuh negara Arab terus mencatatkan lebih banyak kematian dan kes baharu COVID-19 pada Selasa ketika negara-negara terbabit berjuang membendung penularan wabak maut itu, lapor agensi berita Anadolu.
Kementerian Kesihatan Algeria dalam satu kenyataan berkata sembilan lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan korban seramai 968.
Jumlah kes pula mencecah 16,879 peningkatan sebanyak 475 sementara 210 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan seramai 12,094.
Di Yaman tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan 348 orang, manakala jumlah jangkitan sebanyak 1,297 pertambahan 13 kes baharu dan seramai 591 pesakit sembuh.
Dua lagi kematian dicatatkan di Bahrain, menyaksikan 98 orang menjadi korban setakat ini dan pesakit sembuh pula keseluruhan seramai 25,178.
Kes baharu di negara itu sebanyak 964 kes meningkat menjadi 29,821.
Tunisia menyaksikan enam lagi kes menjadikan keseluruhan 1,205 dengan jumlah pesakit pulih 1,049. Angka korban pula seramai 50 orang.
Di Lubnan wabak maut itu kini sudah menjangkiti 1,907 orang dengan 22 kes baharu dan meragut 36 nyawa manakala 1,348 pesakit pulih.
Jordan pula melaporkan dua lagi kes dan 10 orang maut setakat ini.
BACA: COVID-19: Jangkitan di Arab Saudi cecah 200,000
Mesir menyaksikan 67 kematian menjadikan keseluruhan korban 3,489, sementara pesakit yang sembuh meningkat 480 orang menjadi 21,718.
Sebanyak 1,057 kes baharu dilaporkan melonjak kepada 77,279.
Wabak COVID-19 sudah meragut lebih 543,000 nyawa di 188 negara dan wilayah sejak ia mula dikesan di Wuhan, China Disember lalu.
Lebih 11.79 juta kes dilaporkan di seluruh dunia manakala pemulihan melebihi 6.41 juta pesakit, menurut data Johns Hopkins University.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Algeria
#Arab Saudi
#China
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#Jordan
#kematian
#kesihatan
#maut
#Mesir
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan