awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peningkatan mendadak kes, India gantung sementara eksport vaksin AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
22:14 MYT
COVID-19: Peningkatan mendadak kes, India gantung sementara eksport vaksin AstraZeneca
India laksana penggantungan eksport vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh Serum Institute of India (SII). - Foto fail
NEW DELHI: India laksana penggantungan eksport vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh Serum Institute of India (SII).
Menurut Kementerian Luar, penggantungan sementara itu susulan jangkaan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Ini bermakna India terpaksa menumpukan kepada permintaan domestik vaksin terlebih dahulu.
Langkah penggantungan sementara itu dijangka akan menjejaskan rantaian bekalan sehingga hujung April.
Ia dijangka turut menjejaskan penghantaran vaksin bagi 190 negara di bawah inisiatif COVAX.
Program itu yang dinaungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan pengedaran vaksin sama rata di semua negara.
SII merupakan pengeluar vaksin terbesar India.
Sebelum ini, ia sudah menunda penghantaran vaksin buat beberapa negara termasuk United Kingdom dan Brazil.
Keputusan ini diambil susulan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.
Pada Rabu, India mencatat 47,000 kes baharu dengan 275 kematian harian.
AWANI Ringkas: India gantung eksport AstraZeneca
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#India
#AstraZeneca
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan