Skip to main content

Dunia

COVID-19: Rusia akan daftarkan vaksin pertamanya minggu depan

81596806682_COVIDMoscowRussia.jpg
MENTERI Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko mengumumkan Rusia bakal mendaftarkan vaksin COVID-19 pertamanya pada 12 Ogos ini.

Serentak itu, lapor media antarabangsa, negara berkenaan dijangka mengeluarkan vaksin secara besar-besaran bermula Oktober 2020.

Timbalan Menteri Kesihatan Oleg Gridnev memberitahu, ketika ini proses untuk mengeluarkan vaksin tersebut berada pada fasa akhir.

โ€œPasukan profesional perubatan dan warga emas akan menjadi kumpulan pertama mendapat vaksin tersebut,โ€ ujarnya.

Menurutnya, peruntukan bagi program vaksinasi juga akan ditanggung kerajaan.

Ujian klinikal vaksin pula sudah pun bermula sejak 18 Jun, melibatkan 38 sukarelawan.

Advertisement

Must Watch Video