awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu bandar pandu lalu sambut hari jadi anak yatim di Texas ini

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2020
01:33 MYT
COVID-19: Satu bandar pandu lalu sambut hari jadi anak yatim di Texas ini
Raiden Gonzales yatim piatu pada usia empat tahun September lalu. (Foto AP)
BUKAN sahaja menimbulkan impak ekonomi, COVID-19 turut memberi kesan emosi kepada mereka yang kehilangan orang tersayang susulan penularan pandemik itu.
Itu yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak lelaki di Texas, Amerika Syarikat, Raiden Gonzalez, yang kehilangan kedua-dua orang tuanya akibat COVID-19.
Adan Gonzalez III, 33 tahun, meninggal dunia pada Jun sementara isterinya Mariah Salinas, 29 tahun, meninggal dunia pada September.
Anak yang baru berusia empat tahun itu kemudiannya dijaga nenek dan bapa saudaranya, menurut laporan abc7news.
Pada masa sama, akaun GoFundMe ditubuhkan untuk keluarga itu dan sehingga kini kutipan mencecah lebih AS$167,000 (RM68,0942.50) melibatkan sumbangan dari lebih 3,600 orang.
Atas dasar simpati terhadap anak yatim piatu itu juga, kejiranan di San Antonio, Texas mengadakan sambutan hari lahir kelima untuknya Sabtu lalu bagi mengembalikan keceriaannya.
Hari istimewa itu disambut meriah dengan konsep pandu lalu di mana orang ramai datang dari seluruh bandar itu, menaiki lori dan kereta, membunyikan hon dan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya dari dalam kenderaan.
Antara yang meraikan termasuk Kelab Trak Texas yang turut memberikan hadiah kepada Raiden, yang juga anak kepada salah seorang pemandu trak berkenaan.
Sebelum majlis bermula, Raiden turut dibawa keliling bandar dengan menaiki jentera bomba.
Menurut salah seorang bapa saudaranya, walaupun di usia muda, kanak-kanak itu sudah memahami mengenai pemergian kedua-dua ibu bapanya.
"Sudah hampir dua bulan adik perempuan saya meninggal dunia. Ia memang suatu yang mencabar. Kami sentiasa berdoa setiap malam untuk keselamatan kami, dan Gonzalez.
"Saya harap majlis hari jadi ini akan menggembirakan dia," katanya lagi.
Sehingga kini, Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 dengan lebih 13.51 juta kes positif dan 267,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kehilangan
#ibu bapa
#akibat
#COVID-19
#Global
#Amerika Syarikat
#pandu lalu
#sambutan hari jadi
#Texas
#San Antonio
#Raiden Gonzalez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan