awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekatan dilanjutkan di Melbourne

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2021
23:34 MYT
COVID-19: Sekatan dilanjutkan di Melbourne
Sekatan yang dikuatkuasakan di Melbourne sejak sebulan lalu dilaporkan tidak berkesan untuk mengekang penularan. - Foto fail/REUTERS/Sandra Sanders
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia melanjutkan sekatan akibat penularan COVID-19 di Melbourne untuk tempoh tiga minggu lagi.
Pada masa sama, kadar vaksinasi akan dipergiatkan dan fokus utama kini bukan untuk mencapai angka sifar bagi kes harian.
Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews memaklumkan, kelonggaran sekatan hanya akan diberikan selepas 70 peratus rakyat di negeri itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sasaran itu dijangka dicapai menjelang 23 September ini berdasarkan kadar vaksinasi ketika ini.
Jelasnya, kes harian tetap akan meningkat susulan itu, dan ia bukan fokus utama pihaknya ketika ini.
Keputusan tersebut dicapai selepas sekatan yang dikuatkuasakan di Melbourne sejak sebulan lalu dilaporkan tidak berkesan untuk mengekang penularan.
Sekatan tersebut sepatutnya dijadualkan berakhir pada Khamis.
Untuk rekod, kes tempatan meningkat kepada 120 di Victoria daripada 76 sehari sebelum ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekatan
#vaksin
#Daniel Andrews
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan