awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 12 kes baharu, 8 pesakit dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
14/03/2020
21:33 MYT
COVID-19: Singapura catat 12 kes baharu, 8 pesakit dibenarkan pulang
MOH mengenal pasti sejumlah 5,244 kontak rapat yang telah dikuarantin.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah melaporkan 12 lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu dan satu daripadanya dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling di Malaysia.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di republik itu setakat ini ialah 212.
Menurut kenyataan MOH pada Sabtu, kes yang dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan itu membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 44 tahun yang berada di Malaysia dari 28 Feb hingga 3 Mac.
Mangsa, yang kini ditempatkan di bilik isolasi Hospital Besar Sengkang (SKH), dilaporkan mula mengalami gejala jangkitan itu pada 3 Mac.
Beliau pergi ke SKH pada 12 Mac dan keputusan ujian mengesahkan bahawa mangsa dijangkiti virus berbahaya itu pada hari berikutnya, menurut kementerian.
Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH berkata mangsa telah mengunjungi Masjid Al-Mawaddah yang terletak di No 151 Compassvale Bow; Masjid Jamek (Chulia) di No 218, South Bridge Road dan Masjid AlIstiqamah di No 2, Serangoon North Avenue 2.
Menurut kementerian itu, lapan kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh setakat ini ialah 105 orang.
Daripada 107 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya adalah stabil atau semakin pulih manakala 14 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari Sabtu, MOH mengenal pasti sejumlah 5,244 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bilik isolasi
#COVID-19
#Hospital Besar Sengkang
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#masjid
#Masjid Sri Petaling
#MOH
#perhimpunan keagamaan
#Singapura
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan