awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP - LHDN
Rakphol tamatkan khidmat sebagai jurulatih futsal kebangsaan
Perintah Khidmat Masyarakat berkuat kuasa esok, tangani isu pembuangan sampah kecil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 : Singapura catat 42 kes baharu, jumlah keseluruhan 844

Bernama
Bernama
29/03/2020
14:28 MYT
COVID-19 : Singapura catat 42 kes baharu, jumlah keseluruhan 844
Daripada 423 kes disahkan yang masih berada di hospital, kebanyakannya adalah stabil.
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 42 lagi kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 844 kes di republik itu.
Daripada 42 kes itu, 24 adalah kes import yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, ASEAN dan beberapa negara Asia.
Dua daripada kes import adalah membabitkan rakyat Malaysia, masing-masing seorang lelaki berusia 69 tahun dan wanita berumur 68 tahun, yang pernah melancong ke United Kingdom.
Kedua-duanya kini sedang dirawat di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan manakala 18 lagi pesakit adalah kes tempatan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara luar.
Lapan kes adalah berkait dengan kes terdahulu manakala 10 kes lagi tidak mempunyai sebarang kaitan.
Pengesanan jaluran kontak masih berjalan, kata kementerian itu menerusi satu kenyataan, di sini.
Menurut kementerian itu, kluster baharu telah dikenal pasti dengan tiga kes disahkan berkaitan dengan majlis perkahwinan di Jalan Industri Yishun di sini.
Setakat tengah hari ini, kementerian itu berkata beberapa individu daripada 14 kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 212.
Daripada 423 kes disahkan yang masih berada di hospital, kebanyakannya adalah stabil atau menunjukkan perkembangan positif manakala 19 lagi dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi.
Setakat tengah hari tadi, kementerian tersebut telah mengenal pasti 11, 779 kontak rapat dan daripada jumlah itu, 4,178 sedang dikuarantin dan 7,601 telah selesai menjalani kuarantin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan