awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura lapor 88 kes jangkitan tempatan, tertinggi dalam tempoh setahun

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2021
02:16 MYT
COVID-19: Singapura lapor 88 kes jangkitan tempatan, tertinggi dalam tempoh setahun
Singapura melaporkan 88 kes jangkitan tempatan COVID-19 pada Ahad, rekod yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu. -Gambar hiasan
SINGAPURA: Singapura melaporkan 88 kes jangkitan tempatan COVID-19 pada Ahad, rekod yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu.
Ini susulan 67 jangkitan berkait dengan kluster di pusat karaoke (KTV) dan Pelabuhan Perikanan Jurong.
Kementerian Kesihatan (MoH) memaklumkan dalam kalangan kes baharu itu, 42 dikaitkan dengan kluster di Pelabuhan Perikanan Jurong selain 25 kes dikaitkan dengan kluster KTV.
Sejumlah 30 kes dikaitkan dengan jangkitan sebelum ini dan sudah dikuarantin, dengan 48 lagi dikesan melalui ujian pengawasan manakala 10 kes lagi tidak berhubung kait.
Tambah MoH, empat daripada kes itu adalah warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi dan menghadapi risiko sakit kronik.
Terdapat juga empat kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan.
Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 92 kes baharu COVID-19 pada Ahad, jumlah harian tertinggi sejak 28 Ogos tahun lalu.
MoH juga mengenal pasti kemungkinan penularan berterusan di kelab KTV dan semua pengunjung ke premis yang terjejas dinasihatkan memantau kesihatan mereka dengan teliti.
Mereka juga digesa mengurangkan interaksi sosial selama 14 hari dari tarikh lawatan atau interaksi mereka serta digalakkan berjumpa doktor dengan segera sekiranya tidak sihat.
MoH menyatakan jumlah keseluruhan kes baru dalam masyarakat meningkat daripada 17 kes pada minggu sebelumnya kepada 325 kes pada minggu lalu.
Setakat Ahad, Singapura melaporkan 63,069 kes covid-19 secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Singapura
#Pelabuhan Perikanan Jurong
#pusat karaoke
#KTV
#warga emas
#COVID-19
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan