awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sukarelawan maut, ujian vaksin di Brazil diteruskan

Agensi
Agensi
21/10/2020
23:05 MYT
COVID-19: Sukarelawan maut, ujian vaksin di Brazil diteruskan
Pihak berkuasa kesihatan Brazil tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung kematian sukarelawan itu atas alasan protokol sulit. -Gambar hiasan
UJIAN klinikal bagi vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford di Brazil tetap diteruskan biarpun selepas kematian seorang sukarelawan.
Universiti Oxford memaklumkan penilaian mendapati kematian sukarelawan itu tidak melibatkan isu keselamatan.
Pihak berkuasa kesihatan Brazil tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung kematian sukarelawan itu atas alasan protokol sulit.
Difahamkan sukarelawan terlibat tidak menerima vaksin.
Hanya separuh daripada sukarelawan diberikan vaksin sebenar.
Sementara kumpulan kedua, disuntik dengan vaksin berlesen untuk merawat meningitis.
Ini bagi membolehkan saintis membuat perbandingan keputusan bagi mengetahui keberkesanan vaksin.
AstraZeneca, dalam pada itu, menegaskan telah mengikuti semua langkah yang diperlukan dalam hal ini.
Vaksin dibangunkan syarikat berkenaan melepasi ujian klinikal peringkat satu dan dua.
Sementara ujian klinikal peringkat ketiga kini dijalankan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Brazil dan India.
Ujian klinikal bulan lalu ditangguhkan selepas laporan berhubung kesan sampingan.
Topic Berkaitan
#India
#Brazil
#United Kingdom
#maut
#kesihatan
#keselamatan
#vaksin
#AstraZeneca
#Oxford
#Universiti Oxford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan