awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand berdepan tekanan selepas peningkatan drastik

Agensi
Agensi
06/01/2021
03:32 MYT
COVID-19: Thailand berdepan tekanan selepas peningkatan drastik
Peningkatan kes itu direkodkan sejak bulan lalu dengan kebanyakan kes direkodkan pekerja migran yang tinggal di asrama dan pekerja di pasar basah. - Gambar fail/AP
SAMUT SAKHON:Thailand kini berdepan tekanan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 terutamanya selepas pihak berkuasa kesihatan negara itu melaporkan 527 kes baharu pada Selasa.
Justeru itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Sathit Pitutecha memaklumkan terdapat keperluan untuk menyediakan lebih banyak kelengkapan katil buat mereka yang perlu menerima rawatan.
Namun, republik itu berdepan kesukaran untuk menyediakan kelengkapan katil selepas berbulan merekodkan kes harian dengan satu digit.
Kebanyakan kes dikenal pasti dalam kalangan pekerja migran di wilayah Samut Sakhon yang kini menjalani proses kuarantin.
Peningkatan kes itu direkodkan sejak bulan lalu dengan kebanyakan kes direkodkan pekerja migran yang tinggal dalam asrama dan pekerja di pasar basah.
BACA: 'Tolonglah duduk di rumah' - PM Thai rayu rakyat bantu atasi peningkatan kes COVID-19
Daripada kes baharu yang direkodkan pada selasa, 439 daripadanya adalah migran, 82 kes penularan tempatan dan enam adalah kes import.
Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding Isnin dengan 745 kes, kes tertinggi yang direkodkan di republik itu sejak bermulanya pandemik.
Vaksin COVID-19 | Thailand tempah tambahan 35 juta
Topic Berkaitan
#Thailand
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
#kelengkapan katil
#Samut Sakhon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan