BANGKOK: Thailand mengenakan sekatan dan langkah-langkah baharu termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam di ibu negaranya dalam usaha menghentikan penularan pantas virus COVID-19 di negara itu, bermula Isnin.
Bangkok, pusat terbaharu penularan pandemik itu yang mencatatkan 9,076 kes COVID-19 dalam masa kurang dari sebulan menyertai sekurang-kurangnya 45 wilayah di negara itu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam atau berdepan hukuman denda yang tinggi sebanyak 20,000 baht (RM2,600).
Media tempatan melaporkan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengumumkan bahawa semua kenderaan yang membawa lebih dari seorang penumpang, walaupun ahli keluarga, wajib memakai pelitup muka.
Pada Isnin, Thailand mencatatkan 2,048 kes baharu COVID-19 dan lapan kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kini 57,508 kes dan 148 kematian.
Ia juga menjadi hari keempat berturut-turut Thailand mencatatkan lebih daripada 2,000 kes COVID-19 dalam sehari.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Bagi Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata setakat ini, sejumlah 25,767 orang masih dirawat di hospital dengan 563 orang dalam keadaan serius dan 150 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
"Bangkok akan terus mencatat lebih 500 kes baru setiap hari, hasil ujian massa aktif yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa kesihatan," katanya pada taklimat harian COVID-19, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata kematian baru melibatkan pesakit berusia antara 24 dan 92 tahun dengan empat di Bangkok, masing-masing satu di Pathum Thani, Udon Thani, Chaiyaphum dan Yala.
Sementara itu, statistik CCSA menunjukkan semasa gelombang pertama wabak, sebelum pertengahan Disember tahun lepas, Thailand berjaya mengawal COVID-19 dengan 4,237 kes, sementara gelombang kedua (dari 15 Dis hingga 31 Mac), sebanyak 24,626 kes dicatatkan.
Namun, serangan virus terbaru yang bermula di Bangkok, sejumlah 28,645 kes COVID-19 dan 54 kematian dilaporkan hanya dalam 26 hari.
Bagi mengekang wabak itu, BMA juga menutup 31 tempat dan premis termasuk panggung wayang, taman, gimnasium, spa, taska, pusat jagaan kanak-kanak sekurang-kurangnya dua minggu, mulai hari ini hingga 9 Mei.
Kerajaan juga memerintahkan institusi pendidikan dan kelab malam ditutup hingga bulan depan dan penjualan alkohol di restoran juga dilarang.
Sementara itu, Kementerian Luar Thailand menafikan laporan bahawa warga India yang kaya datang ke Thailand melalui penerbangan carter berikutan keadaan COVID-19 yang semakin teruk di negara mereka.
Jurucakap Kementerian Luar Thailand Tanee Sangrat berkata laporan itu berikutan salah faham yang berpunca dari salah penterjemahan oleh sebuah agensi berita asing.
"Kumpulan warga India itu merancang untuk ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu, sementara ada yang bertanya tentang peraturan masuk Thailand, yang mungkin menyebabkan salah faham.
"Kementerian telah menghubungi Kedutaan Besar Thailand di New Delhi, yang mengesahkan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan COE (Sijil Kemasukan) kepada bukan warganegara Thailand di India untuk memasuki Thailand melalui penerbangan carter," katanya, dipetik oleh The Nation.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand juga mengesahkan bahawa mereka tidak membenarkan penerbangan carter dari India ke Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021
Pada Isnin, Thailand mencatatkan 2,048 kes baharu COVID-19 dan lapan kematian. - Gambar fail/ Bernama
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.