BANGKOK:Thailand telah memulakan gerakan besar-besaran pengesanan kes aktif selama tiga minggu dalam usahanya memutuskan rantaian penularan COVID-19 di wilayah Samut Sakhon, wilayah yang menjadi pusat penularan pandemik itu yang terbaharu di Thailand.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar Thailand, Natapanu Nopakun berkata jumlah kes COVID-19 di kawasan itu terus melonjak susulan jangkitan awal yang dikesan bermula di sebuah pasar makanan laut di Samut Sakhon pertengahan Disember lepas.
Beliau berkata pihak berkuasa kesihatan telah memulakan gerakan pengesanan kes aktif selama tiga bulan itu bermula Isnin lepas, yang dilaksanakan sehingga 7 Feb di beberapa kawasan dan komuniti tempatan.
"Sejak dua hari lepas, terdapat peningkatan ketara dalam kes harian COVID-19 di kawasan ini, antara 150 dan 900 kes, dan perkara ini memang dijangka susulan gerakan pengesanan yang ditingkatkan itu.
"Kita jangka jumlah jangkitan akan berkurangan dalam minggu ketiga Februari, dan sekiranya jumlah terus berkurangan, terutama dalam kalangan komuniti tempatan, pihak berkuasa akan melonggarkan beberapa sekatan," katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Natapanu berkata kebanyakan kes yang dikesan semasa pengesanan aktif itu itu adalah kes asimptomatik, yang tidak memerlukan rawatan sebagaimana yang diterima oleh pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan.
"Oleh itu mereka (pesakit asimptomatik) akan dirawat di kemudahan kuarantin negara bagi mengelak kesesakan di hospital," katanya.
Sementara itu jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata Thailand merekodkan 819 kes COVID-19 baharu, termasuk 808 jangkitan tempatan dan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes positif di Thailand kini berjumlah 15,465 ke dengan 76 kematian.
Thaweesilp berkata daripada 819 kes baharu itu, 716 dikesan menerusi pengesanan aktif kes dengan 714 kes di Samut Sakhon, dan masing-masing satu di Rayong dan Samut Prakan.
Menurutnya kematian tunggal yang dilaporkan itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun di Samut Sakhon.
Sementara itu Thaweesilp berkata CCSA merancang untuk melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan termasuk membuka sekolah dan melanjutkan waktu operasi restoran.
"Langkah melonggarkan sekatan itu akan dibincang dan dimuktamadkan di mesyuarat CCSA yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha Jumaat ini berdasarkan kepada keadaan semasa COVID-19 di setiap wilayah dan daerah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
Thailand telah memulakan gerakan besar-besaran untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 di wilayah Samut Sakhon. - REUTERS/Panumas Sa
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.