Skip to main content

Malaysia

Ahmad Zahid merafak sembah ucapan tahniah kepada Agong sempena Hari Keputeraan

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H. -Foto Facebook Zahid Hamidi
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H. -Foto Facebook Zahid Hamidi

Ringkasan AI

  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena ulang tahun ke-68 baginda.
  • Ucapan tahniah dan penghargaan itu dizahirkan bersama keluarga beliau melalui satu hantaran di Facebook hari ini.
  • Beliau turut mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan pemerintahan Tuanku dalam memelihara kedaulatan negara serta kebajikan rakyat.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-68.

“Patik serta seisi keluarga dengan penuh takzim menzahirkan ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Patik mendoakan semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, mengurniakan keafiatan dan kesejahteraan serta memayungi pemerintahan Tuanku dalam memelihara kedaulatan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Advertisement

-- BERNAMA

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement