awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Trump dalam keadaan baik, tiada gejala - Pakar Perubatan White House

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2020
22:19 MYT
COVID-19: Trump dalam keadaan baik, tiada gejala - Pakar Perubatan White House
Pakar Perubatan White House, Dr Sean Conley berkata Trump bebas daripada demam sepanjang 24 jam lalu. -Reuters
WASHINGTON:Doktor yang merawat Donald Trump mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berada dalam keadaan baik ketika menghabiskan hujung minggu di hospital tentera bagi rawatan COVID-19.
Trump mengalami demam dan keletihan kini berada di Pusat Perubatan Walter Reed ketika mana kes baharu terus muncul dalam kalangan pegawai tingginya.
Pakar Perubatan White House, Dr Sean Conley berkata Trump bebas daripada demam sepanjang 24 jam lalu.
"Kami telah memantau fungsi jantung, ginjal, hati... semuanya normal.
"Presiden pada pagi ini tidak menggunakan oksigen, tidak mengalami kesukaran bernafas atau berjalan di sekitar unit perubatan White House di tingkat atas.
"Semangatnya kuat dan beliau ada berkata, 'Saya rasa dapat keluar dari sini hari ini.' Itu komen yang sangat menggembirakan daripada presiden," kata Dr Conley.
Beliau turut memaklumkan gejala batuk dan hidung tersumbat yang dihidapi Trump kini semakin pulih dan bertambah baik.
Trump dimasukkan ke hospital pada Jumaat selepas diuji positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Sean Conley
#koronavirus
#COVID-19
#White House
#hospital tentera
#Amerika Syarikat
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan