awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin mungkin peroleh lesen dalam beberapa minggu - Kementerian Kesihatan India

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2020
00:04 MYT
COVID-19: Vaksin mungkin peroleh lesen dalam beberapa minggu - Kementerian Kesihatan India
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan India menetapkan sasaran pada Ogos 2021 untuk memberikan imunisasi kepada rakyatnya. - Gambar hiasan
KEMENTERIAN Kesihatan India mengumumkan vaksin COVID-19 mungkin mendapat lesen dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Serentak itu, ia membuat rancangan untuk memberi imunisasi kepada 300 juta rakyatnya.
Pegawai kesihatan berkata, syarikat pengeluar vaksin Serum Institute of India sudah memohon kelulusan bagi penggunaan kecemasan di India.
Serum Institute of India diberikan lesen untuk mengeluarkan vaksin AstraZeneca, Pfizer Inc. dan Bharat Biotech.
Pelan imunisasi awal India melibatkan tiga kumpulan yang diberikan keutamaan iaitu 10 juta kakitangan kesihatan, 20 juta petugas barisan hadapan dan 270 juta warga berusia 50 tahun ke atas atau kumpulan yang menghidap penyakit dan berisiko terdedah kepada jangkitan COVID-19.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan negara itu menetapkan sasaran pada Ogos 2021 untuk memberikan imunisasi kepada rakyatnya.
Untuk rekod, populasi India mencecah hampir 1.4 bilion.
Menurut Setiausaha Kesihatan Persekutuan Rajesh Bhushan, India akan bergantung kepada program imunisasi sedia ada, yang merupakan antara terbesar di dunia.
Rajesh juga memberi jaminan vaksin COVID-19 akan diagihkan kepada semua rakyat di negara itu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#vaksin
#India
#Serum Institute of India
#AstraZeneca
#Pfizer Inc
#Bharat Biotech
#Rajesh Bhushan
#Setiausaha Kesihatan Persekutuan
#imunisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan