DUNIA
COVID-19: Vaksin Pfizer/BioNTech berkesan terhadap mutasi varian baharu - Kajian

Vaksin keluaran Pfizer Inc dan BioNTech's dilihat mampu memberi perlindungan daripada mutasi varian baharu COVID-19 yang dikenal pasti di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan. -Gambar fail/Reuters
VAKSIN keluaran Pfizer Inc dan BioNTech's dilihat mampu memberi perlindungan daripada mutasi varian baharu COVID-19 yang dikenal pasti di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan.
Kajian makmal oleh pengeluar ubatan Amerika Syarikat (AS) dan saintis Universiti Texas Cawangan Perubatan itu menunjukkan vaksin itu berkesan meneutralkan virus dengan mutasi N501Y itu yang bertanggungjawab atas penularan besar-besaran ketika ini.
Kajian itu dilakukan melalui sampel darah mereka yang telah diberi vaksin berkenaan.
Dapatannya bagaimanapun agak terhad kerana ia tidak merangkumi keseluruhan bentuk mutasi dalam mana-mana varian baharu virus yang kian tersebar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami