awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: "Vaksin selamatkan saya" - Vladimir Putin

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
22:45 MYT
COVID-19: "Vaksin selamatkan saya" - Vladimir Putin
Putin telah mendapat dos lengkap vaksin Sputnik V pada bulan April lalu. - Foto Alexei Druzhinin, Sputnik, Kremlin Pool Photo via AP
NOVO-OGARYOVO: Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan, beliau tidak jatuh sakit walaupun selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 disebabkan vaksin Sputnik V.
Malah, katanya beliau berurusan dengan individu positif itu sepanjang hari baru-baru ini.
Putin berkata demikian semasa mesyuarat bersama kerajaan Rusia, pada Selasa.
"Saya ingin bertanya anda sebagai doktor sekali lagi. Anda tahu bahawa saya telah bercakap dengan orang yang dijangkiti, dengan pekerja yang dijangkiti dan syukur, saya tidak jatuh sakit, belum lagi.
"Saya harap itu tidak akan berlaku. Boleh dikatakan vaksin Sputnik V telah memainkan peranannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kesihatan Rusia, Anna Popova berkata, Putin tidak mengalami gejala buruk akibat jangkitan disebabkan keberkesanan vaksin yang tinggi.
"Saya yakin bahawa vaksin yang anda (Putin) gunakan memainkan peranannya dan saya rasa ini adalah perkara paling penting yang melindungi anda (Putin) daripada jangkitan (COVID-19), memandangkan tindak balas imuninasi sangat tinggi," jelasnya.
COVID-19 | Vaksin selamatkan saya - Presiden Rusia
Putin telah mendapat dos lengkap vaksin Sputnik V pada bulan April lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengkaji mengenai vaksin keluaran Rusia itu.
Negara itu merekodkan 25,110 kes baharu COVID-19 dengan 895 kematian baharu.
Kes kematian yang masih tinggi di Rusia disebabkan kadar pengambilan vaksin yang rendah dengan hanya 33.5 peratus daripada 146 juta penduduk telah menerima sekurang-kuranya satu dos.
Manakala hanya 27.4 peratus lengkap divaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Vladimir Putin
#Sputnik V
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan