awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Warga emas 101 tahun berjaya sembuh, dianggap beri harapan baharu

Agensi
Agensi
28/03/2020
09:00 MYT
COVID-19: Warga emas 101 tahun berjaya sembuh, dianggap beri harapan baharu
Lelaki itu dimasukkan ke hospital di Rimini, timur laut Itali, pada minggu lalu.
Ketika kadar kematian di Itali akibat wabak COVID-19 terus meningkat, seorang warga emas berusia 101 tahun sembuh dan keluar dari hospital pada Khamis lalu, kata Timbalan Datuk Bandar Rimini, Gloria Lisi.
Lelaki itu, yang identitinya hanya disebut sebagai 'Encik P', dimasukkan ke hospital di Rimini, timur laut Itali, pada minggu lalu selepas disahkan positif COVID-19.
Lisi berkata pemulihan warga emas berkenaan dianggap sebagai luar biasa dan memberi satu harapan kepada pesakit lain.
"Encik P berjaya melaluinya, ia mengajar kita bahawa usia tidak boleh dijadikan ukuran sesuatu," katanya.
Media antarabangsa melaporkan En. P dilahirkan pada tahun 1919, ketika dunia dilanda pandemik Spanish flu, yang dianggarkan mengorbankan antara 30 juta hingga 50 juta orang.
Bandar Rimini mengesahkan 1,189 kes COVID-19 setakat Khamis, menurut Jabatan Perlindungan Awam Itali.
Pihak berkuasa di 197 negara dan wilayah telah melaporkan lebih daripada 575,000 kes COVID -19 di seluruh dunia sejak China melaporkan kes pertama pada bulan Disember.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Itali
#koronavirus
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan