Skip to main content

Teknologi

Tidal haramkan muzik dijana sepenuhnya AI mulai 9 Dis

Keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan kepada karya artis manusia selain mengekang penipuan melibatkan muzik janaan AI yang didakwa memperdaya pendengar serta meniru gaya artis sebenar untuk mengaut keuntungan menerusi penstriman.
Keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan kepada karya artis manusia selain mengekang penipuan melibatkan muzik janaan AI yang didakwa memperdaya pendengar serta meniru gaya artis sebenar untuk mengaut keuntungan menerusi penstriman.

Ringkasan AI

  • Tidal akan mengharamkan sepenuhnya muzik yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif bermula 9 Disember ini.
  • Semua muzik AI akan dipadam dan pengedar yang terus menghantar kandungan tersebut berisiko disekat daripada platform.
  • Langkah ini diambil selepas 43 peratus kandungan baharu dikesan dijana AI, dengan 27 juta lagu AI kini berada di Tidal.
Advertisement

NEW YORK: Platform penstriman muzik, Tidal, akan mengharamkan sepenuhnya kandungan muzik yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) generatif bermula 9 Disember ini.

Keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan kepada karya artis manusia selain mengekang penipuan melibatkan muzik janaan AI yang didakwa memperdaya pendengar serta meniru gaya artis sebenar untuk mengaut keuntungan menerusi penstriman, lapor Amanz.

Bermula tarikh berkenaan, semua muzik yang dijana sepenuhnya oleh AI akan dipadam dan ditolak daripada platform tersebut, manakala pengedar yang terus menghantar kandungan sedemikian berdepan risiko disekat.

Advertisement

Tidal berkata metadata yang menunjukkan sesebuah lagu dihasilkan sepenuhnya menggunakan AI akan menyebabkan penghantaran ditolak secara automatik, namun penggunaan AI sebagai alat bantuan dalam proses penerbitan muzik masih dibenarkan.

Menurut platform itu, sebanyak 43 peratus daripada kandungan muzik yang dihantar ke Tidal dalam tempoh 90 hari lalu dikesan dijana sepenuhnya oleh AI.

Advertisement

Jumlah itu meningkat apabila lebih 60 peratus muzik baharu yang dihantar pada 6 November lalu dikenal pasti sebagai hasil janaan AI sepenuhnya.

Sebelum ini, Tidal memperkenalkan dasar pelabelan khas terhadap kandungan yang dijana sepenuhnya oleh AI serta menghalangnya daripada menjana pendapatan royalti. Bagaimanapun, langkah tersebut didapati tidak mencukupi untuk membendung lambakan kandungan berkenaan.

Ketika ini, terdapat kira-kira 27 juta lagu yang dijana AI di platform itu, bersamaan 6.3 peratus daripada keseluruhan katalog muzik Tidal. Proses pemadaman penuh dijangka selesai menjelang awal tahun hadapan.

Must Watch Video

Advertisement