awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netflix perluas penstriman permainan video, lancar antara muka baharu tahun ini
APAD bina pangkalan data pemandu bas, lori
Nothing acah perubahan logo baharu, bakal tinggalkan rekaan titik ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca buruk: Pesawat dinaiki PM Singapura ke Udaipur berpatah balik ke New Delhi

Bernama
Bernama
05/10/2016
13:35 MYT
Cuaca buruk: Pesawat dinaiki PM Singapura ke Udaipur berpatah balik ke New Delhi
Lee sedang dalam lawatan kerja lima hari ke India. - Gambar fail
Sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Udaipur, India terpaksa berpatah balik ke New Delhi berikutan cuaca buruk. "Kadang-kadang alam semula jadi mempunyai rancangannya sendiri. Kami hanya 10 minit sahaja jauhnya dari Udaipur apabila cuaca buruk dan jarak penglihatan terhad memaksa pesawat kami berpatah balik ke New Delhi," kata Lee dalam laman Facebook beliau. "Menunggu di lapangan terbang Delhi sekarang, dengan harapan cuaca kembali baik dan kami boleh ke Udaipur (lagi). Tunggulah berita terkini," kata Lee dalam catatannya.
Catatan beliau disertai dengan rakaman video tentang cuaca buruk yang dialaminya susulan pembatalan pendaratan pesawat itu di Udaipur. Lee mengadakan lawatan kerja lima hari ke India bermula 3 Oktober.
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#Le Hsien Loong
#Perdana Menteri Singapura
#pesawat berpatah balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan