awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan plagiat: Penganjur Olimpik Tokyo 2020 mahu logo baharu

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2015
00:15 MYT
Dakwaan plagiat: Penganjur Olimpik Tokyo 2020 mahu logo baharu
Penganjur temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak akan menggunakan logo acara itu susulan satu lagi dakwaan bahawa perekanya telah menggunakan bahan hak cipta. -AFP PHOTO/FILES/Yoshikazu TSUNO
PENGANJUR temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak akan menggunakan logo acara itu susulan satu lagi dakwaan bahawa perekanya telah menggunakan bahan hak cipta.
Lapor agensi berita AP, pihak penganjur telah menarik balik sokongan mereka terhadap pereka Jepun Kenjiro Sano susulan satu lagi dakwaan yang timbul baru-baru ini.
Sano dikatakan telah merakam satu gambar dari sebuah laman web dan menggunakan gambar tersebut ketika mempersembahkan logo rekaan beliau.
Sebelum ini, logo berkenaan menerima kritikan setelah seorang pereka grafik dari Belgium dakwa bahawa Sano telah menggunakan rekaan grafik yang direka untuk sebuah teater Belgium.
"Kami telah mencapai kesimpulan bahawa adalah wajar untuk kita lepaskan logo itu dan menggunakan logo baru.
"Pada ketika ini, kami telah memutuskan bahawa logo itu tidak boleh mendapat sokongan orang ramai,” kata Ketua Pengarah jawatankuasa penganjur temasya Olimpik Tokyo 2020 Toshio Muto.
Tambahnya, pihak pengajur akan mengadakan satu lagi pertandingan untuk mereka logo baru bagi temasya Olimpik Tokyo 2020 dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan