SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mengekalkan paras semasa kenaikan dasar kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER).
"Tidak akan ada perubahan pada kelebaran dan tahap yang mana ia berpusat. Pendirian dasar ini akan terus mengurangkan inflasi import selain membantu membendung tekanan kos domestik," katanya dalam Kenyataan Dasar Monetarinya hari ini.
MAS merumuskan dasar monetari dengan menetapkan laluan untuk jalur dasar S$NEER bagi memastikan kestabilan harga dalam jangka sederhana.
Bank pusat itu akan terus berwaspada terhadap perkembangan ekonomi serta pasaran kewangan di tengah-tengah ketidaktentuan inflasi dan pertumbuhan.
Prospek pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura tahun ini telah merosot dengan kluster berkaitan perdagangan dijangka menguncup lebih jauh dan aktiviti dalam sektor perkhidmatan moden kekal lemah.
"Kadar pengembangan dalam sektor berorientasikan domestik juga perlu menyederhana kerana harga pengguna dan kadar faedah yang lebih tinggi telah menghalang perbelanjaan," katanya.
Secara keseluruhan, MAS berkata pertumbuhan KDNK Singapura diunjur turun kepada 0.5-2.5 peratus pada 2023 berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa tahun lepas.
"Kadar pertumbuhan di bawah trend ini akan menyebabkan jurang output positif pada akhir 2022 bertukar sedikit negatif tahun ini," katanya.
Katanya lagi, walaupun inflasi masih melonjak, langkah mengetatkan dasar monetari lima tahun berturut-turut bank pusat itu sejak Oktober 2021 telah menjejaskan momentum kenaikan harga.
"Kesan daripada pengetatan dasar monetari masih berjalan melalui ekonomi dan akan mengurangkan lagi inflasi," katanya.
Ia berkata dengan inflasi import bertukar lebih negatif serta inflasi teras dijangka berkurangan secara material menjelang akhir 2023, MAS menilai bahawa laluan semasa kumpulan dasar S$NEER cukup ketat dan sesuai untuk menjamin kestabilan harga jangka sederhana.
Secara keseluruhan, bagi 2023, inflasi terasnya dijangka berada pada purata 3.5-4.5 peratus.
Penyata Dasar Monetari dikeluarkan dua kali setahun iaitu menjelang April dan Oktober, untuk menyampaikan keputusan dasar monetari MAS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Pendirian dasar ini akan terus mengurangkan inflasi import selain membantu membendung tekanan kos domestik. - Gambar hiasan / Instagram Visit Singapore
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Malaysia, Indonesia perintis inovasi kewangan awam Islam
Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal.
Bangladesh terima pembiayaan AS$900 juta untuk pertumbuhan lestari
Pembaharuan tegas akan membantu Bangladesh mengekalkan pertumbuhan dan mengukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan kejutan lain.
Teknologi kewangan: Pacu kecekapan anak muda demi manfaat bersama - PM
Agensi khususnya dalam industri perbankan, perlu meneruskan usaha memacu kecekapan anak muda supaya faedah transformasi digital dapat dinikmati semua peringkat.
Kerangka MADANI teras pendekatan strategik pacu masa depan ekonomi - Amir Hamzah
Langkah memperkenalkan kerangka ekonomi MADANI mencerminkan komitmen Malaysia merangka hala tuju yang jelas bagi masa depan ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Sesi persekolahan baharu: Ibu bapa buat persiapan saat akhir
Kekangan kewangan membuatkan sebilangan ibu bapa melakukan persiapan di saat akhir bagi membeli kelengkapan sekolah anak-anak untuk sesi persekolahan baharu yang bermula esok di Kelantan.
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
Jangan ambil mudah isu lesen kelab kebangsaan - Mohd Yusoff
Imigresen FC layak secara merit bermain di Liga Super selepas menjuarai Liga M3, namun berdepan kekangan memenuhi kriteria ditetapkan.