BEIJING: Kira-kira 214,000 pelawat dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan Malaysia memasuki China pada Disember 2023, meningkat 28.5 peratus berbanding November, lapor Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA).
Dasar pengecualian visa unilateral China untuk pemegang pasport biasa dari enam negara yang berkuat kuasa pada 1 Dis, memudahkan perjalanan masuk ke negara itu.
Daripada jumlah itu, 118,000 membabitkan pemegang pasport biasa tanpa visa atau 55.1 peratus daripada semua perjalanan masuk dari enam negara dalam tempoh itu. Kira-kira 91,000 kemasukan tanpa visa dibuat untuk perjalanan dan perniagaan.
Hasil daripada dasar pengecualian visa ini, pelabuhan di bandar Nanning di selatan China, menerima ramai pelancong dengan data menunjukkan 121 kumpulan membabitkan hampir 2,800 orang memasuki China melalui pelabuhan di Nanning pada Disember.
Sejak bermulanya dasar pengecualian visa, pelabuhan di Beijing turut menyaksikan lebih 12,000 kemasukan dari negara yang berkaitan menjelang 31 Dis.
NIA menawarkan dasar pengurusan keluar masuk yang lebih optimum untuk warga asing bagi memudahkan urusan perniagaan, pengajian, pekerjaan serta kehidupan pengunjung di China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Dasar pengecualian visa unilateral China untuk pemegang pasport biasa dari enam negara yang berkuat kuasa pada 1 Dis, memudahkan perjalanan masuk ke negara itu. - Gambar fail/Reuters
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
Dasar pengecualian visa China mudahkan perjalanan dari enam negara
Kira-kira 214,000 pelawat dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan Malaysia memasuki China pada Disember 2023, meningkat 28.5 peratus berbanding November.