awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan

Bernama
Bernama
19/03/2025
11:15 MYT
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden, menurut sumber yang rapat dengan ahli politik pembangkang itu kepada dpa.
Imamoglu kini dalam tahanan polis dan berada di ibu pejabat polis, menurut pembantu beliau yang mengesahkan perkara itu kepada dpa.
Beliau didakwa antara lain terlibat dalam organisasi jenayah dan rasuah, lapor Anadolu yang memetik kenyataan pejabat pendakwa raya.
Menurut penyiar tempatan termasuk CNN Turk, polis menyerbu kediaman Imamoglu di Istanbul pada waktu subuh dengan kehadiran pasukan antirusuhan.
Dalam hantaran di X, Imamoglu menyatakan bahawa beliau akan "berdiri teguh" menentang apa yang disifatkannya sebagai tekanan politik.
Imamoglu dilihat sebagai pencabar utama dalam pilihan raya presiden Turkiye akan datang.
Pada Ahad, beliau dijadual dicalonkan sebagai calon presiden bagi Parti Rakyat Republikan (CHP), parti pembangkang utama. Pilihan raya presiden Turkiye seterusnya dijadual berlangsung pada 2028.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar Istanbul
#Ekrem Imamoglu
#ditahan
#calon presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan