WARSAW: Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki pada Selasa berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Menteri Kesihatan Adam Niedzielski yang mencetuskan kemarahan dengan mendedahkan maklumat sensitif mengenai seorang doktor, lapor Xinhua.

Pada Khamis, penyiar swasta Poland menyiarkan rakaman pesakit di bandar Poznan yang tidak dapat menerima ubat penahan sakit kerana peraturan preskripsi baharu.

Seorang doktor mengulas keadaan itu berkata beliau tidak dapat memberikan ubat yang diperlukan.

Niedzielski kemudiannya menerbitkan data peribadi doktor itu di media sosial, bersama dengan dakwaan bahawa beliau telah menetapkan ubat larangan itu atas namanya sendiri.

Doktor itu kemudian mengeluarkan notis undang-undang pada Isnin menuntut permohonan maaf dan pembayaran ganti rugi sebanyak 100,000 zloty (AS$24,60) oleh Niedzielski, lapor media tempatan.

-- BERNAMA