awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delcy Rodríguez dilantik pemangku Presiden Venezuela susulan penahanan Maduro

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
09:00 MYT
Delcy Rodríguez dilantik pemangku Presiden Venezuela susulan penahanan Maduro
Pelantikan Rodríguez (foto) dilihat sebagai usaha mengekalkan penguasaan Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) ke atas institusi utama negara. -Gambar fail/Reuters
CARACAS: Mahkamah Agung Venezuela melantik Naib Presiden Delcy Rodríguez sebagai pemangku presiden susulan penahanan Presiden Nicolás Maduro oleh pasukan khas Amerika Syarikat dalam satu operasi awal pagi Sabtu yang mencetuskan ketegangan politik serantau.

Ringkasan AI
  • Naib Presiden Delcy Rodrguez dilantik sebagai pemangku presiden Venezuela susulan penahanan Nicols Maduro oleh pasukan khas AS, mencetuskan ketegangan politik serantau.
  • Pelantikan Rodrguez dilihat sebagai langkah untuk mengekalkan penguasaan PSUV ke atas institusi negara, sementara Maduro ketika ini dalam tahanan AS.
  • Reaksi bercampur daripada masyarakat antarabangsa terhadap pelantikan Rodrguez, dengan beberapa negara Amerika Latin menyuarakan kebimbangan terhadap ketelusan proses peralihan kuasa dan potensi ketidakstabilan serantau.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut keputusan rasmi Kamar Perlembagaan Mahkamah Agung, Rodríguez diberi mandat untuk mengambil alih “tugas dan kuasa Presiden Republik Bolivarian Venezuela” bagi menjamin kesinambungan pentadbiran negara dan mempertahankan kedaulatan sepanjang ketiadaan Maduro.
Mahkamah menyatakan bahawa pelantikan ini bersifat sementara dan akan disusuli perbincangan lanjut bagi menentukan kerangka undang-undang yang sesuai untuk memastikan kestabilan institusi negara.
Rodríguez, 57, sekutu rapat Maduro, pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan.
Pelantikannya dilihat sebagai usaha mengekalkan penguasaan Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) ke atas institusi utama negara.
Penahanan Maduro oleh pasukan khas AS di Caracas mencetuskan kecaman daripada sekutu Venezuela seperti Rusia, Iran dan Cuba, yang menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran kedaulatan dan undang-undang antarabangsa.
Washington mempertahankan operasi tersebut sebagai sebahagian daripada usaha membanteras “narco-terrorism”.
Dalam kenyataan pertamanya sebagai pemangku presiden, Rodríguez menegaskan Venezuela akan mempertahankan kemerdekaan dan institusi negara daripada campur tangan asing, sambil menyeru rakyat agar bertenang dan bersatu menghadapi cabaran ini.
Mahkamah Agung turut mengumumkan sesi khas akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan pilihan raya atau pelantikan tetap.
Pelantikan Rodríguez dijangka menimbulkan reaksi bercampur daripada masyarakat antarabangsa, dengan beberapa negara Amerika Latin menyuarakan kebimbangan terhadap ketelusan proses peralihan kuasa dan potensi ketidakstabilan serantau.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang dilantik sebagai pemangku presiden Venezuela menggantikan Nicolas Maduro? A: Naib Presiden Delcy Rodrguez dilantik sebagai pemangku presiden Venezuela susulan penahanan Nicolas Maduro.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Mahkamah Agung Venezuela berkenaan pelantikan pemangku presiden? A: Mahkamah Agung Venezuela memberi mandat kepada Delcy Rodrguez untuk mengambil alih tugas dan kuasa presiden bagi menjamin kesinambungan pentadbiran negara sepanjang ketiadaan Maduro.
  • Q: Mengapakah penahanan Nicolas Maduro mencetuskan kecaman daripada beberapa negara dan disifatkan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa? A: Penahanan Maduro oleh pasukan khas AS di Caracas dianggap sebagai campur tangan asing yang melanggar kedaulatan dan undang-undang antarabangsa oleh sekutu Venezuela seperti Rusia, Iran, dan Cuba.
  • Q: Apakah yang dikatakan Delcy Rodrguez dalam kenyataan pertamanya sebagai pemangku presiden Venezuela? A: Delcy Rodrguez menegaskan Venezuela akan mempertahankan kemerdekaan dan institusi negara daripada campur tangan asing, sambil menyeru rakyat agar bersatu menghadapi cabaran itu.
  • Q: Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Mahkamah Agung Venezuela berkenaan pelantikan pemangku presiden? A: Mahkamah Agung Venezuela akan mengadakan sesi khas dalam masa terdekat untuk membincangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan pilihan raya atau pelantikan tetap.

Topic Berkaitan
#Venezuela
#Delcy Rodriguez
#Nicolas Maduro
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan