awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di sebalik stigma budaya, tatu sering dilihat di Olimpik Tokyo

Bernama
Bernama
27/07/2021
04:36 MYT
Di sebalik stigma budaya, tatu sering dilihat di Olimpik Tokyo
Larangan tatu mungkin diberi kelonggaran ekoran ketiadaan penonton di gelanggang pertandingan berikutan pandemik COVID-19. - Reuters
TOKYO: Ramai atlet sukan Olimpik Tokyo 2020 memperlihatkan tatu mereka meskipun pantang larang kuno Jepun melarang perbuatan mencacah kulit, lapor United Press International (UPI).
Undang-undang negara itu melarang tatu diperlihatkan di tempat awam seperti rumah mandi, sauna, kolam renang, pantai, gimnasium dan restoran, tetapi tiada larangan dibuat terhadap atlet untuk menutup tatu pada kejohanan kali ini.
Perenang Adam Peaty dari Britain dan Caeleb Dressel dari Amerika Syarikat (AS) memakai baju lengan panjang yang jelas menampakkan tatu, manakala tatu di lengan bintang bola keranjang AS Damian Lillard dan Jayson Tatum jelas kelihatan di sebalik jersi yang dipakai.
Terdapat juga atlet mencacah tatu berbentuk gegelung Olimpik, termasuk perenang AS Chase Kalisz dan atlet gimnastik Eleftherios Petrounias dari Greece.
Foto: Reuters
Foto: Reuters
Larangan tatu mungkin diberi kelonggaran ekoran ketiadaan penonton di gelanggang pertandingan berikutan pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Jepun telah membangkitkan isu berkenaan ketika berlangsungnya beberapa kejohanan sebelum ini.
Berikutan stigma masyarakat itu ketika penganjuran Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, pemain All Blacks dari New Zealand secara sukarela menutup tatu mereka.
Stigma itu berpunca daripada amalan pemerintah pada abad ke-18 mencacah tatu di lengan atau dahi penjenayah untuk mengenal pasti identiti mereka. Lama kelamaan, tatu dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tatu
#Olimpik
#Tokyo
#budaya
#Jepun
#atlet
#penonton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan