awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dibanjiri golongan migran, Datuk Bandar New York isytihar darurat

Agensi
Agensi
07/10/2022
15:35 MYT
Dibanjiri golongan migran, Datuk Bandar New York isytihar darurat
Datuk Bandar New York, Eric Adams mengisytiharkan darurat sebagai bantuan tindak balas terhadap krisis golongan migran yang melanda bandar itu. - Foto AP
DATUK Bandar New York, Eric Adams mengisytiharkan darurat sebagai bantuan tindak balas terhadap krisis golongan migran yang melanda bandar raya itu.
Menurut laporan CNN, bantuan itu menelan perbelanjaan sebanyak AS$1 bilion pada tahun fiskal ini.
"Kami kini mempunyai situasi di mana lebih ramai orang tiba di New York City daripada yang boleh kami tampung dengan segera, termasuk keluarga yang mempunyai bayi dan anak kecil.
"Apabila puluhan bas yang merupakan pencari suaka tiba hari ini, kami perlu menyediakan tempat tinggal sekali gus cuba mengatasi bilangan orang tertinggi dalam sejarah yang direkodkan dalam sistem perlindungan bandar kami," katanya.
Susulan itu, Adams meminta bantuan persekutuan dan negeri.
Tambahnya, kemasukan pencari suaka yang berterusan mengancam ekonomi bandar yang sudah rapuh itu, dan membayangkan tindakan undang-undang terhadap negeri Selatan pimpinan Republikan.
“Ini melemahkan ekonomi kami dan melemahkan percubaan kami untuk pulih di bandar-bandar yang sudah berhadapan dengan krisis, daripada COVID-19 kepada cacar monyet, kepada jenayah, kepada perumahan,” ujarnya lagi.
Kenyataan Adams dibuat ketika beliau berdepan kritikan berterusan berhubung rancangannya untuk menempatkan sementara pencari suaka di khemah yang dikatakan terletak di kawasan yang tidak boleh diakses sewaktu banjir.
Lebih 16,000 pendatang telah tiba di New York City setakat tahun ini, menurut anggaran dari pejabat datuk bandar, yang percaya sebahagian besar telah dihantar ke bandar itu.
Topic Berkaitan
#AS
#New York
#Pencari Suaka
#darurat
#migran
#Datuk Bandar New York
#Eric Adams
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan