awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dibunuh rakan gara-gara iPhone 11

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2025
06:30 MYT
Dibunuh rakan gara-gara iPhone 11
Navjot Singh ditemui maut dipercayai dibunuh oleh rakannya sendiri selepas berlaku pertikaian mengenai iPhone 11 yang dimilikinya. - Foto/ Sinar Harian/ Agensi
SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun, Navjot Singh, ditemui maut dipercayai dibunuh oleh rakannya sendiri selepas berlaku pertikaian mengenai iPhone 11 yang dimilikinya.
Menurut laporan NDTV, pada 25 Mac lalu, sehari selepas hari lahirnya, Navjot memberitahu ibu bapanya bahawa dia akan pergi ke Haridwar bersama rakan-rakannya.
Namun, dia kemudian menelefon semula ibu bapanya untuk memaklumkan bahawa dia tidak jadi ke Haridwar, sebaliknya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Pada malam yang sama, pihak polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat di stesen kereta api.
Mayat tersebut ditemukan dalam keadaan yang sangat kejam, terputus di bahagian perut dan terdapat kesan tikaman di dada. Pada awalnya, mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti.
Susulan itu, polis melakukan siasatan dan akhirnya mendapati seorang rakan baik Navjot bertanggungjawab di atas pembunuhan itu. Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan iPhone 11 yang dimiliki oleh Navjot.
Polis berjaya menemui telefon bimbit milik Navjot yang telah dirampas oleh suspek. Pihak berkuasa telah menahan suspek dan membawanya ke Lembaga Keadilan Juvenil untuk didakwa.
Seorang saksi kejadian, yang merupakan rakan lelaki yang turut terlibat dalam kejadian tersebut, mendakwa bahawa suspek memberikan wang sebanyak 1,000 Rupee (RM52.03) untuk membantunya menyembunyikan mayat di rel kereta api.
Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#iPhone
#bunuh rakan
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan