awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa sokong Daish, tiga bank diminta bekukan akaun Ustaz Zakir Naik

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/11/2016
08:12 MYT
Didakwa sokong Daish, tiga bank diminta bekukan akaun Ustaz Zakir Naik
Semua aktiviti atas talian membabitkan Ustaz Zakir Naik juga akan disekat. - Gambar fail
Agensi Penyiasatan Nasional (NIA) India telah menggesa tiga buah bank membekukan 25 akaun milik pendakwah Dr. Zakir Naik, ahli keluarganya serta Yayasan Kajian Islamik (IRF), yang sebelum ini diharamkan di bawah undang-undang anti-keganasan.
NIA juga menyerahkan senarai lebih 12 individu termasuk Ustaz Zakir, ahli keluarganya, rakan terdekat dan organisasi kepada semua 72 bank komersil di negara itu untuk mengesahkan sama ada mereka ada mewujudkan akaun.
Tindakan itu dibuat di bawah Seksyen 43 Akta Aktiviti Haram (Pencegahan).
Di bawah akta ini, arahan pembekuan akaun boleh dibuat.
Memetik portal NDTV, NIA mendakwa menemui dokumen yang menunjukkan anggota Daish bernama Abu Anas telah menerima wang berjumlah Rs80,000 (RM5,119.69) dari IRF sebagai biasiswa pada Oktober, 2015.
Anas, seorang jurutera, ditahan pada Januari lalu atas dakwaan merancang serangan pengganas pada Hari Republik.
Permohonan juga telah dibuat NIA untuk menyekat semua aktiviti atas talian membabitkan Ustaz Zakir termasuklah video ucapan dan ceramahnya.
Ustaz Zakir pernah berkunjung ke Malaysia April lalu, dan mengadakan ceramah di beberapa buah tempat antaranya di Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka.
BACA: Gadis Kristian peluk Islam, ucap dua kalimah syahadah di hadapan Dr Zakir Naik
BACA: Empat lagi memeluk agama Islam pada ceramah Dr Zakir Naik BACA: Ceramah Dr Zakir Naik: 40,000 tidak berganjak walaupun hujan
Topic Berkaitan
#Agensi Penyiasatan Nasional
#IRF
#NIA
#Ustaz Zakir Naik
#Yayasan Kajian Islamik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan