Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Konflik AS–Israel dengan Iran belum berakhir - Netanyahu

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu convenes the weekly cabinet meeting at the Defence Ministry in Tel Aviv, Israel, January 7, 2024. REUTERS/Ronen Zvulun
Netanyahu berkata konflik dengan Iran belum berakhir, sambil memaklumkan beliau kerap berhubung dengan Trump untuk menyelaras tindakan. - Gambar Reuters

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa konflik di antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran masih belum berakhir, namun mendakwa Tehran kini telah dilemahkan.

Memetik laporan Al Jazeera yang merujuk wawancara Netanyahu bersama CNBC pada Rabu, beliau mengakui kerap berhubung dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi menyelaras perkembangan semasa, meskipun terdapat perbezaan pandangan dalam beberapa perkara.

Netanyahu berkata, kedua-dua pihak kadangkala tidak sehaluan dalam aspek taktikal, namun perbezaan itu diselesaikan melalui perbincangan bersama.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan yang mendakwa Trump pernah menegur Netanyahu dalam satu panggilan diplomatik berhubung ancaman Israel untuk mengebom ibu negara Lubnan, Beirut.

Dalam temu bual sama, Netanyahu turut mendakwa bahawa pasukan tentera Israel dan Amerika Syarikat berada dalam keadaan bersiap siaga sekiranya diperlukan dalam menghadapi Iran.

Beliau juga menyatakan bahawa sebarang keputusan berkaitan peningkatan ketegangan termasuk isu strategik seperti Selat Hormuz diserahkan kepada pertimbangan Trump.

Must Watch Video

Advertisement