TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia yang memiliki wajah kacak dan tampan seiras seorang putera raja yang cukup dikenali ramai.
Seorang penjual ais krim di Gunung Bromo, di wilayah Jawa Timur, telah menjadi tular di laman media sosial karena dianggap memiliki wajah yang mirip dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.
Memetik laporan dari portal berita Indonesia, Okezone, sebuah video telah tular menerusi platform TikTok.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan ais krim yang dipesan pembeli.
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang pengguna laman media sosial. -Maskulin
Maskulin
Sun Feb 04 2024
Penjual ais krim di Gunung Bromo yang tular di media sosial kerana memiliki wajah mirip Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah. -Maskulin
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah
Pasangan Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha Rosnah sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan.
Dikatakan mirip Putera Mateen, wajah penjual ais krim ini gamit perhatian warga siber
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Putera Mateen dan pasangan
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah.
PM Anwar, Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen, pasangan
Anwar dan Dr Wan Azizah mendoakan semoga perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah diberkati serta dirahmati Allah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perkahwinan diraja: Putera Mateen, Dayang Anisha selamat diijab kabul
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.
Perkahwinan Diraja: Istiadat Bersuruh Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha berlangsung
Portal berita RTB Brunei melaporkan istiadat berkenaan berlangsung pada jam 2.15 petang tadi.