awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka berada atas jambatan, rupa-rupanya dalam feri

Agensi
Agensi
12/01/2023
01:30 MYT
Disangka berada atas jambatan, rupa-rupanya dalam feri
Sophie menunjukkan deretan kereta di sekelilingnya ketika feri sedang bergerak. -TikTok @sophmontague
SEORANG wanita mengalami peristiwa lucu apabila 'jambatan' yang disangkakan akan membawanya menyeberangi Sungai Thames di London rupa-rupanya adalah sebuah feri.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, penyampai radio dari Lancashire Sophie Montague memandu kereta melalui 'sebatang jalan' dan menyangkakan dia terperangkap dalam trafik sesak.
Namun dia bingung apabila menyedari keretanya seakan-akan 'bergerak dengan sendiri'.
Tidak lama kemudian barulah Sophie sedar keretanya berada di atas sebuah feri dan sedang merentasi Sungai Thames.
Wanita berusia 28 tahun itu merakam detik lucu tersebut dan memuat naik ke akaun TikTok.
"Saya hanya mahu menyeberangi Sungai Thames.
"Saya sangka ini sebuah jambatan, tetapi saya sebenarnya telah menaiki feri. Saya memang berada atas feri," kata Sophie.
Dalam rakaman itu, Sophie menunjukkan deretan kereta di sekelilingnya ketika feri sedang bergerak.
Video bertajuk 'Plain Sailing X' itu setakat ini sudah menerima lebih 1.4 juta tontonan.
Menerusi komen yang diterima, ternyata Sophie bukanlah individu pertama yang melakukan 'kesilapan' seperti itu.
Dalam kemas kini susulan, Montague memaklumkan dia selamat tiba di pejabat, namun perjalanan yang dilaluinya penuh dramatik.
"Saya melalui hari dan perjalanan yang sangat dramatik ke tempat kerja hari ini.
"Saya harap orang lain tidak melalui apa yang saya lalui. Tetapi syukurlah saya selamat,"ujarnya.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Sungai Thames
#feri
#Sophie Montague
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan