awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan gara-gara buat parodi Salt Bae

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2022
22:30 MYT
Ditahan gara-gara buat parodi Salt Bae
Parodi Green Onion Bae itu telah dipadamkan dari media sosial. - Foto agensi
HANOI: Gara-gara membuat parodi aksi chef selebriti Turkiye, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae, seorang penjual mi di Vietnam berdepan padah setelah dia ditahan kerana propaganda antinegara.
Bui Tuan Lam, 38, berkongsi rakaman video tersebut pada tahun lalu dan kebanyakan pengguna media sosial melihat ia sebagai satu sindiran kepada menteri kerajaan yang menikmati stik bersalut emas 24 karat berharga AS$1,725 (RM7,759).
Harga menu itu bagaimanapun mencetuskan kritikan banyak pihak berikutan penduduk di Hanoi kebanyakannya hidup dalam kemiskinan.
Selain itu, pengguna media sosial juga mempertikaikan harga stik tersebut yang didakwa jauh lebih mahal berbanding gaji bulanan yang diterima menteri antara AS$600 (RM2,698) dan AS$800 (RM3,598).
Parodi 'Green Onion Bae' itu dimuat naik beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Awam, Jeneral To Lam menjamu selera hidangan mewah tersebut di sebuah restoran di London.
Isteri Tuan Lam mengesahkan suaminya diberkas pihak berkuasa pada minggu lalu malah pihak berkuasa turut kembali semula untuk menggeledah rumah mereka.
"Kami telah bersedia dengan hukuman yang bakal dikenakan sejak Tuan Lam dipanggil polis pada November tahun lalu," kata isterinya.
Difahamkan, Tuan Lam ditahan di bawah Artikel 117, satu klausa yang menetapkan tindakan mengeluarkan atau menyebarkan maklumat yang menentang kerajaan sebagai perbuatan jenayah.
Menurut polis, mereka telah berulang kali memberi amaran kepada Tuan Lam supaya tidak menyiarkan kandungan yang menghina kehormatan dan reputasi pemimpin. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#parodi green onion bae
#Bui Tuan Lam
#Salt Bae
#propaganda antinegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan