awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Ahmad Zahid, beberapa menteri ajak umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj
JKKP N. Sembilan siasat lanjut insiden kebocoran gas amonia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor lakukan pembedahan kecemasan keluarkan objek besi dalam perut lelaki

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
03:47 MYT
Doktor lakukan pembedahan kecemasan keluarkan objek besi dalam perut lelaki
Lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Klaipeda University selepas mengadu mengalami kesakitan pada bahagian perut. - Gambar hiasan
Para doktor di Lithuania terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan objek besi pada perut seorang lelaki.
Objek besi itu termasuk skru, paku dan pisau dan kesemua itu seberat lebih 1 kilogram dengan objek yang paling panjang berukuran 10 sentimeter.
Lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Klaipeda University selepas mengadu mengalami kesakitan pada bahagian perut.
Imbasan X-ray mendedahkan perutnya dipenuhi objek berasaskan besi, lapor Guardian.
Menurut pakar bedah Sarunas Dailidenas, insiden ini merupakan kejadian terpencil.
"Kami melakukan pembedahan selama 3 jam dengan bantuan imbasan X-ray bagi mengeluarkan segala objek asing dalam perutnya, termasuk yang sangat kecil," katanya pada BBC.
Lelaki berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil selepas pembedahan dilakukan.
Tabiat menelan objek besi disifatkan sebagai masalah kesihatan mental yang dikenali sebagai Pica di mana pesakit akan menelan objek bukan makanan.
Ini termasuk tanah, kapur, tulang, cat atau objek besi, lapor Forbes.
Pica boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dengan tekanan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan mental itu.
Topic Berkaitan
#Pembedahan
#Pica
#objek besi
#perut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan