DUA doktor warga Perancis dituduh bersifat rasis apabila mencadangkan agar vaksin COVID-19 diuji pada manusia di Afrika.
Komen itu dibuat pada Rabu dalam siaran televisyen tempatan LCI ketika membincangkan tentang proses percubaan vaksin COVID-19 yang bakal dimulakan di Eropah dan Australia dengan menggunakan vaksin BCG tuberkulosis.
Bagaimanapun, salah seorang doktor tersebut, Jean-Paul Mira yang merupakan ketua unit rawatan rapi di hospital Cochin, Paris telah tampil memohon maaf atas komen tersebut.
Mira turut disertai oleh Camille Locht, pengarah kajian di Inserm, Institut Kesihatan Kebangsaan Perancis.
Kata Mira dalam siaran tersebut: “Jika saya boleh bersifat provokatif, bukankah wajar kami menjalankan kajian ini di Afrika, di mana mereka tiada topeng muka, rawatan atau rawatan intensif, seperti mana yang dilakukan untuk kajian AIDS atau ke atas GRO?”
“Kami boleh cuba kerana kami tahu mereka amat terdedah dan juga tidak melindungi diri sendiri,” kata Mira.
Locht turut bersetuju: “Betul. Kami dalam proses untuk memikirkan kajian yang selaras di Afrika, bukan untuk elak menjalankan kajian yang sama di Eropah dan Australia.”
Susulan itu, komen-komen berkenaan dikecam di media sosial.
Tegas bekas bintang bola sepak Didier Drogba menerusi Twitter, “Afrika bukan sebuah makmal ujian. Saya tolak sekeras-kerasnya dakwaan itu yang tidak benar dan berunsurkan perkauman.”
Pemain bola sepak Senegal Demba Ba turut membidas kenyataan doktor itu yang menyifatkan sifat angkuh masyarakat kulit putih di negara Barat.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, rangkaian hospital di Paris memetik kata Mira yang kesal atas komen berkenaan.
“Saya ingin kemukakan segala permohonan maaf kepada mereka yang gusar, kecewa dan terhina dengan komen yang saya buat tanpa memikirkannya dahulu,” kata Mira.
Nailah Huda
Sun Apr 05 2020
Bintang bola sepak Didier Drogba membalas komen tersebut dengan menegaskan bahawa Afrika bukan sebuah makmal ujian dalam satu tweet. Foto - Twitter @didierdrogba
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Menurut Badan Kesihatan Awam Perancis (SPF), daripada jumlah itu 24 kes dikesan di wilayah Paris.
Bocor rahsia negara, bekas menteri, ketua polis Djibouti dijatuhi hukuman penjara
Mahkamah Djibouti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit.
Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.
Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
Dr Mahathir terkejut Malaysia di belakang beberapa negara Afrika dari segi pembangunan
Bekas Perdana Menteri menjelaskan, beliau bersedia menerima bahawa Malaysia telah ketinggalan di belakang Indonesia dan Vietnam sejak kebelakangan ini.
Kes pertama polio liar di Malawi dikesan
Pihak berkuasa di Malawi mengesahkan satu kes polio liar melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Lilongwe.
COVID-19: EU, Afrika sasar selesai isu paten vaksin menjelang musim bunga
Semua pihak berkongsi matlamat sama, namun mempunyai cara berbeza untuk mencapai matlamat tersebut.