awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Jordan terima undangan Trump sertai Lembaga Keamanan Gaza
Penduduk gesa tindakan segera atasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Teratai
Munoz puji mentaliti JDT selepas bergaya ratah PDRM FC 10-1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Donald Trump akhirnya setuju naikkan had umur pemilikan senjata

Agensi
Agensi
22/02/2018
22:39 MYT
Donald Trump akhirnya setuju naikkan had umur pemilikan senjata
Keputusan itu dilakukan di tengah-tengah gesaan golongan muda negara itu yang mahu kawalan senjata api lebih ketat segera dilaksanakan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk merangka undang-undang bagi menaikkan had umur minimum pemilikan senjata dan pemeriksaan latar belakang yang lebih ketat kepada pembeli senjata.
Keputusan itu dilakukan di tengah-tengah gesaan golongan muda negara itu yang mahu kawalan senjata api lebih ketat segera dilaksanakan.
“Tiada yang lebih penting daripada melindungi anak-anak kita. Kita akan berusaha mendapatkan usia sehingga 21 tahun bukannya 18,” katanya dalam satu perbincangan di White house.
Katanya, AS perlu melihat sama ada permainan video dan filem yang ganas menyumbang kepada kes tembakan di sekolah.
Perbincangan mengenai keselamatan sekolah itu dilakukan Trump bersama pegawai perongkat negeri dan tempatan negara itu pada Khamis.
Dalam masa yang sama Trump menganggap Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) akan menyokong keputusan itu.
Umur minimum persekutuan bagi membeli atau memiliki pistol adalah 21 tahun, tetapi usia minimum bagi senapang adalah 18 tahun termasuk senjata jenis AR-15 yang digunakan oleh bekas pelajar dalam serangan minggu lalu di Florida yang membunuh 17 pelajar dan kakitangan.
Trump turut mengulangi cadangannya agar guru sekolah dilengkapi senjata bagi menghalang kes tembakan besar-besaran berlaku.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#pemilikan senjata
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan