LONDON: Bekas presiden AS Donald Trump memfailkan saman terhadap bekas pegawai MI6 dan perundingan perisikan yang diasaskannya, menurut rekod Mahkamah Tinggi di Britain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Trump mengemukakan tuntutan perlindungan data terhadap Orbis Business Intelligence dan pengasasnya, Christopher Steele, yang sebelum ini mengendalikan agensi Perkhidmatan Perisikan Rahsia di Rusia.
Menurut perintah mahkamah yang diterbitkan pada Khamis, perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.
Tiada butiran lain telah disediakan, tetapi Trump dijangka tidak akan hadir.
Steele merupakan pengarang apa yang dipanggil dokumen Steele, yang termasuk dakwaan bahawa Trump telah "dikompromi" oleh perkhidmatan keselamatan Rusia, FSB.
Dokumen itu, yang dibocorkan kepada BuzzFeed pada 2017, juga mendakwa bahawa Vladimir Putin "menyokong dan mengarahkan" operasi untuk "mengusahakan" Trump sebagai calon presiden untuk "sekurang-kurangnya lima tahun".
Trump telah menafikan dakwaan itu.
Steele dan Orbis Business Intelligence sebelum ini disaman atas tuduhan fitnah oleh warga Rusia Aleksej Gubarev berhubung penerbitan dokumen itu, mendakwa mereka bertanggungjawab dari segi undang-undang atas penerbitan dokumen oleh BuzzFeed.
Bagaimanapun, dalam penghakiman pada Oktober 2020, Hakim Warby menolak tuntutan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Donald Trump fail saman terhadap bekas pegawai MI6 dan perundingan perisikan yang diasaskannya, menurut rekod Mahkamah Tinggi di Britain. -Gambar fail/AP

Lima kampung di Johor dilanda banjir, 538 orang dipindahkan
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.
Lelaki mengaku bersalah abaikan empat anak
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mengabaikan empat anaknya.
Gaji minima perlu diteruskan seiring pelaksanaan dasar gaji progresif - Pakar
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan penguatkuasaan gaji minimum perlu diteruskan seiring pelaksanaan gaji progresif.
Pengganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar lebih 10kg dadah
Seorang pengganggur Lee Chi Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram 18 November lepas.

Genap 81 tahun, usia Joe Biden menjadi kebimbangan menjelang pilihan raya 2024
Sejumlah besar warga Amerika Syarikat bimbang Biden sudah terlalu tua untuk kembali memimpin negara itu.

Trump daftar sendiri pemilihan Presiden New Hampshire
Beliau menjadi individu pertama yang pernah berkhidmat sebagai presiden memfailkan pencalonan secara peribadi lebih daripada sekali.

Donald Trump didenda AS$5,000 kerana ingkar perintah mahkamah
Bekas Presiden AS didenda kerana langgar perintah berdiam diri untuk tidak bercakap mengenai mana-mana kakitangan mahkamah secara terbuka.

Hakim bidas Donald Trump 'serang' kerani mahkamah di media sosial
Arthur Engoron turut keluar perintah larang mana-mana pihak daripada membuat sebarang komen mengenai kakitangan mahkamah secara terbuka.

Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

Donald Trump saman bekas perisik British, penulis dokumen Steele
Perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.

"Sesuatu yang berbahaya berlaku di Amerika sekarang" - Presiden Joe Biden
Donald Trump dituduh cuba memusnahkan institusi asas Amerika iaitu demokrasi.

Donald Trump, anak lelaki tipu penyata kewangan - Hakim New York
Penyataan kewangan yang disediakan oleh keluarga Trump kepada pemberi pinjaman dan syarikat insurans selama lebih sedekad adalah palsu.

Perbicaraan Trump tidak akan bermula pada Oktober - Hakim
Perkara itu disahkan hakim dalam keputusan yang membenarkan bekas Presiden AS itu dibicarakan selepas perbicaraan dua bekas peguamnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.