awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Donald Trump umum Penasihat Keselamatan Negara baharu

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2017
01:56 MYT
Donald Trump umum Penasihat Keselamatan Negara baharu
Trump mengumumkan HR McMaster sebagai Penasihat Keselamatan AS yang baharu. - Reuters
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster sebagai Penasihat Keselamatan Negara yang baharu.
Pelantikan yang dilakukan di Palm Beach, Florida itu susulan Michael Flynn meletak jawatan pada minggu lepas.
“Saya mahu mengumumkan, kami telah berusaha keras sepanjang minggu, bahawa Jeneral H.R. McMaster akan menjadi Penasihat Keselamatan Negara.
“Beliau merupakan individu yang berbakat besar dan berpengalaman luas. Saya telah banyak melihat dan membaca sejak dua hari ini. Beliau memangg dipandang tinggi oleh semua orang dalam tentera dan kita rasa bebrbesar hati untuk mendapatkan khidmatnya,” ujar Trump.
Sementara itu, McMaster sangat menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya.
“Terima kasih banyak, Tuan Presiden. Saya ingin menyatakan bahawa peluang bertugas kepada Negara adalah suatu penghormatan dan saya berterima kasih. Saya akan menyertai pasukan keselamatan Negara dan akan lakukan segala yang termampu untuk melindungi kepentingan warga Amerika,” katanya.
Penyandang jawatan tersebut, Leftenan Jeneral Bersara Keith Kellogg akan meneruskan jawatan sebagai Ketua Turus untuk Majlis Keselamatan Kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#mcmaster
#Michael Flynn
#penasihat keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan