PARIS: Pada Sabtu lalu, ribuan pengunjung yang berada di sekitar tapak mercutanda ikonik Paris, mendongak kepala untuk melihat sesuatu yang berlangsung pada ketinggian 70 meter.
Semua berasa teruja dan tidak dinafikan agak 'ngeri' tatkala melihat aksi Nathan Paulin, berjalan perlahan di atas dawai yang direntangkan sepanjang 600 meter dari Menara Eiffel hingga ke satu stesen di seberang Sungai Seine.
Paulin, 27, melangkah perlahan dengan penuh berhati-hati dari ketinggian itu. Ada masanya dia terhenti dan kelihatan terhayun sebentar lalu cuba menyeimbangkan dirinya. Tiba di suatu titik, dia duduk di atas dawai dan menerima tepukan gemuruh khalayak yang tidak putus memberikan perhatian penuh.
Lagak yang mendebarkan itu akhirnya disudahkan apabila dia sampai ke Chaillot Theatre di penghunung rentangan dawai. Persembahan luar biasa itu mengambil masa selama setengah jam.
"Bermula dari menara Eiffel, semuanya sangat indah," katanya. "Semasa melakukan persembahan itu, saya tidak merasakan apa-apa... saya tidak rasa takut pada ketinggian."
Paulin berkata, kemahiran yang ditunjukkannya pada Sabtu lalu itu memerlukan latihan selama empat tahun, malah untuk meneruskannya memerlukan dia mengatasi fobia zaman kecilnya iaitu ketinggian.
Pada 2019, lelaki warga Perancis itu melakukan aksi yang sama tapi dari ketinggian 150 meter, dengan berjalan di atas dawai yang direntangkan sepanjang 510 meter antara dua pencakar langit di wilayah komersial La Defense, Paris.
Agensi
Mon Sep 20 2021
Aksi Nathan Paulin menyeimbangkan dirinya di atas dawai yang direntangkan dari Menara Eiffel ke bangunan di seberang Sungai Seine. - Reuters
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global - PM
Malaysia bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar menyambung sesi keterangan di SPRM berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Kerabat Pahang antara didakwa cederakan seorang lelaki
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Warga Perancis pandu mabuk, maki polis didenda RM10,080
Anthony Gilbert Georges Cazals, 29 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Inggeris.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Al Hilal mahu tamatkan kontrak Neymar
Kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal dilaporkan mahu menamatkan kontrak Neymar selepas bintang Brazil itu mengalami masalah kecederaan berterusan.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Dongak! Aksi 'ngeri' berjalan atas dawai pukau ribuan pengunjung di Menara Eiffel
Semua berasa teruja dan 'ngeri' melihat aksi Nathan Paulin, berjalan perlahan di atas dawai yang direntangkan sepanjang 600 meter.